Saturday, 26 January 2013

Peppermint-Ginger Plus - Jom usaha untuk legakan senak perut, loya, gastrik, mabuk laut, sendawa, dan penghadaman

Kalau di rumah Bangi (rumah famili), stok halia banyak. Kadang-kadang Abah siap beli sekotak. Mama memang ajar saya amalkan makan halia, sebagai ulam. Potong nipis nipis gitu. Kalau masak masak, cuba lebihkan halia, sebab nak  dapat khasiat halia tu. Disebabkan stok halia banyak kat rumah, tu yang kadang kadang semangat buat air/jus halia, pastu kongsi satu famili. Sedap! Boley katakan ada saje air/jus halia tu setiap hari ready atas meja makan, kalau kt rumah. Tapi kalau dh balik kerja di miri, ehem, memang jarang jarang la buat, sebab stok halia pon xde. Setahun sekali la kot. Maklumla, rumah bujang. Masing masing kena travel rata rata, jarang tambah stok dapur *cheh, alasan,hehe*

image from google
Kenapa bagusnya halia? Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk percernaan makanan. Ia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. 

Ia dapat membantu:-
  • melegakan ketidakselesaan perut dan usus
  • sakit haid
  • loya dan mual angin ketika mengandung/selepas melahikan anak (semasa pantang)
  • Remedi merawat mabuk laut (ha, yang selalu kena kerja offshore tu :)
  • menguatkan imuniti/ketahanan badan (dulu  x-bibik ajar buat jamu, halialah ramuan utama +  madu + kunyit + cekur manis untuk kuatkan imuniti badan,pemiliharaan dalaman wanita, dan macam macam)
Bagus kan? Tapi Shaklee ada cara yang lebih mudah nak makan, dan ramuan yang lebih hebat. Memperkenalkan, Shaklee Peppermint-Ginger Plus.
Kombinasi 4 herba best - halia, daun pudina, adas, dan jintan.

Halia dah saya cerita kat atas. 

image from Google
Daun pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Ia juga mempunyai khasiat dalam membantu:-
  • penghadaman
  • mabuk laut/darat
  • melegakan sakit gastrik
  • pedih hulu hati
  • cirit birit
  • melegakan keadaan selalu muntah muntah
  • kehilangan selera badan
  • merangsang mengeluarkan peluh (oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema)
  • menyegarkan
  • membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus 
Adas (fennel)

Image from Google
  • Membantu hilangkan kembung perut
  • Membantu melegakan gejala flu/selesema
  • membantu masalah alergi pada saluran usus
Orang Eropah selalu menggunakan dalam masakan mereka, to get the benefit out of it. Kalau tengok Food Network kt tv tu, selalu dia sebut tambah "add fennel" dalam resipi masakan.

Jintan/Anise Seed

Image from Google
  • Membantu melegakan masalah pencernaan 
  • Membantu melegakan gejala kesakitan haid, batuk, dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit 

Jintan kita biasa dengar dalam ramuan masakan kita, jamu orang Indonesia, dan juga amalan orang orang Mesir purba.

Best kan? Makan sebiji ni, dah dapat khasiat macam macam.Tak yah dah nak tumbuk halia, carik pudina ke..hihi.senang nak bawak kalau travel/mengembara ke mana-mana. 

Sesuai juga untuk dibuat sebagai teh herba. Cuma larutkan dalam air panas, tadaaa, siap dah minuman petang yang berkhasiat. 

Saya juga kongsikan ini kerana pasti Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  Au natural u alls :)

Kalau teringin nak mencuba, boleh kontek/contact saya untuk free consultation, insyaAllah.

Email: lovehealth7@gmail.com
SMS/whatsapp: 012-21700950

Have a Safe Weekend,
Lovehealth7

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment