Tuesday, 15 January 2013

Khasiat Vivix - Memelihara Keseluruhan Kesihatan

Salam Semua

Saya pasti ramai antara kita sentiasa fikir nak ambil vitamin/supplement yang bagus, dan simple/mudah cara pemakanannya. Lebih lebih lagi untuk mereka yang menjalani rutin harian yang padat, tapi pada yang sama, nak memberikan yang terbaik untuk dirinya. Macam saya, hehe (nak jugak cakap).

Dan saya pasti juga, ramai yang dah mengenali dan mengetahui tentang kehebatan Vivix.


Vivix adalah satu campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan,dan enak rasanya. Vivix mengandungi campuran:-
  • Muscadine Grape Extract
  • Purple carrot extract
  • European Elderberry Extract
  • Polygonum Cuspidatum Extract
Gabungan hebat ini menghasilkan campuran yang teramat kaya dengan POLIFENOL. Polifenol adalan kumpulalan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan. 

Antara kebaikannya ialah:
  • Memelihara keseluruhan kesihatan *
  • Membantu berasa lebih bertenaga *
  • Menguatkan sistem imun*
Dan ada juga testimoni hebat dari mereka yang telah menggunakannya dan mendapat faedah lebih cantik, muda dan sihat, baikpulih dari sakit lutut, mata kembali sihat, dan baikpulih dari SLE dan banyak lagi! Saya kongsikan di bawah nanti ya.

Bayangkan untuk sakit SLE, selalu kita dengar tiada ubatnya. Tapi, usaha Pn Iffah mengamalkannya, hasilnya memang mengejutkan. Usaha  + doa + tawakal, insyaAllah. 

Yang pasti Vivix adalah 100% semulajadi/natural, tanpa sebarang perasa tiruan, pemanis, perasa, dan pengawet. dan yang paling penting for Muslims, ianya HALAL.

Banyak sudah berita gembira dari mereka yang dah mengamalkan Vivix. Yang paling terbaru dari kawan saya, ibunya mempunyai sakit buah pinggang, dan alhamdulillah, banyak sudah improvement/kebaikan setelah berusaha dengan mengambil Vivix. Jika ada rezeki, nanti saya minta ceritakan terstimoni nya ya.

Saya kongsikan testimoni-testimoni hebat di bawah ini ya, credit to Kak Laila (www.elaila.net). 

Testimoni 1: Ibu bertambah sihat dan kuat, dan sakit lutut juga hilang.

Iffa memberikan bonda tercinta Iffa satu botol Vivix untuk memastikan beliau kekal sihat. Al maklumlah, usianya hampir menjengah 60 tahun. Di saat ini, beliau menjengah fasa manopause dan perubahan hormon yang drastik mengundang pelbagai masalah kesihatan jika ia diambil mudah. Buat pengetahuan semua, Bonda Iffa ini ada masalah sendi(penyakit keturunan) dan darah tinggi. Ini feedback terbaru yang Bonda Iffa post di Wall FB Iffa..

Kata Bonda:
"Betullah sayang, setelah abeh sebotol vivix,mak rasa bertambah sihat n kuat, sakit lutut pun hilang,dgn izinNYA.........baru2 ni mak boleh angkut 4tandan kelapa sawit(tp dlm kete sorong)ketempat pengumpulan, beberapa kali............bayangkan,dah bersara ni.............hahaha ...........nnt dpt duit kelapa sawit mak nak satu ya............nak syer dgn ayah.org lelaki pun bolehkn?"
Boleh Mama, insyaAllah selagi termampu kudrat ini.. Iffa akan berikan Vivix untuk Bonda dan Ayahanda...Iffa inginkan kalian sihat. Kalian berdua buat kerja berat. Ke Kandang menguruskan kambing, ikan, angkut kelapa sawit.. sedangkan pada usia begini ramai yang seusia dengan ayahbonda sedang goyang kaki berehat dirumah minum kopi dan melayan cucu-cucu.. Iffa bangga punya ayah dan bonda yang sangat kuat semangat seperti kalian berdua..

Testimoni 2: Ayah boleh solat sempurna, Mak makin sihat lepas minum Vivix


“Sehari sebelum berpuasa, mak ada telifon saya. Mak cakap..lutut ayah makin membengkak..sekarang ayah macam dah ada 2 lutut. Ayah dah tak boleh solat sambil berdiri sbb ia sangat menyakitkan. Kalau sujud pon..lambat sangat nak bangun balik. Kat rumah saya takde tandas duduk. Semua tandas mencangkung. Ayah nak kencing pon kena pakai kekuda. Bila saya dengar, saya sangat kesian. Sedih sangat bila ayah yang banyak berkorban untuk saya menderita macam tu. Saya selalu jugak tanya kaba pasal lutut ayah. Tapi ayah cakap dah ok. Tapi sekarang ia makin semakin tak ok. Dulu ayah amik ubat yang doktor bagi. Doktor dah suggest untuk ayah buat pembedahan lututnya tu. Tapi ayah tak nak. Kalau saya pon tak nak jugak operate lutut. Mak pulak cakap badan dia sangatla mudah penat. Sakit belakang, bahu..tapak kaki..sume sakit2. Yelah, mak lahirkan 8 orang anak. Setiap 2 tahun pulak tu. Badan memang sentiasa penat la.

Dulu saya pernah nak bagi mak ayah amik vitamin..tapi diorang ni jenis yang susah nak amik tablet mahupon cecair. Pastu banyak betol alasan bila saya cakap nak bagi supplimen demi kesihatan mereka. Hehe..biasalah kan orang tua..tapi kali ni mereka sendiri request. Jadi diorang tak banyak soal..Ikut je suggession saya:)

Saya terus buat order vivix untuk mak ayah guna sepanjang Ramadhan.
Ayah dan mak terus mencuba vivix tu sebelum tidur seperti yang saya sarankan. Esoknya alhamdulillah ayah tak rasa sangat sakit di lututnya. Mak pulak merasa sangat segar walaupon berpuasa sambil menjadi babysitter kepada 2 orang kanak2. Sampai boleh pergi sapu seluruh laman rumah. Ada orang tegur,"kak ani tak puasa ke hari ni? Saya tengok dari tadi duk mencabut rumput tu puasa2 ni". Lenguh2 badan mak pon berkurang. Tu baru makan sesudu teh. Banyak nye bagi kesan kepada kesihatan mak ayah saya. Ayah pulak boleh buat solat terawih sampai 21 rakaat tanpa ada masalah walaupon lututnya masih bengkak. Saya tak tahu kesan vivix begitu mendalam dan cepat. Jomlah kita cuba bagi vivix kepada mak ayah kita. Kesihatan mereka tak dapat diganti dengan duit. Kalau mereka sakit makin teruk, lagi banyak duit yang akan dihabiskan kan? So lebih baik kita ambil tindakan cepat2 sebelum terlambat. Lagipon mak ayah kita banyaaakkk sangat berjasa kepada kita. Apa salahnya kita membalas jasa mereka dengan berikan vivix kepada mereka. Duit boleh dicari, tapi mak ayah kita tiada gantinya. Kita pon tak tahu bila mereka akan kembali kepada Allah kan. Jadi selagi mereka masih bernyawa, berikanlah yang terbaik bagi mereka. Kalau dulu kita sakit, mereka tak tidur pon.”

Testimoni 3: Mak boley melihat semula

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu.
Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.
Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.
Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

Testimoni 4: Membantu mengubati masalah SLE 


Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RAatau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

Saya pun sebenarnya sangat teruja dengan Vivix. Lalu nak order untuk sendiri juga :) 


JOM!

Kalau berminat untuk mendapatkannya melalu saya, contact saya di:-

Email: lovehealth7@gmail.com
SMS/whatsapp: 012-2170950

Toodles, Selamat Malam
Love Health 7

Purple Carrot
European Elderberry  
Polygonum Cuspidatum 
Muscadine Grape



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment